Strawberry On Top Of Cupcake ~~~~MY BAKING N COOKING~~~~: 2011

About Me

My photo
Aku suka mencuba berbagai2 resipi yang baru dan lama sesungguhnya ...Aku maseh baru dalam dunia masakan ini...

Friday, December 30, 2011

APAM DOT-DOT...


Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE...
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Sunday, December 25, 2011

BISKUT ALMOND LONDON..


Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

  • 250 gm butter
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
  • 4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung
  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
  4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
  5.  Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
  6.  Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
  7.  Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
  8. Sdc12596
     Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap

Saturday, December 24, 2011


KEK LIPAT TAPAK KUDA..

Bahan
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225g gula castor
110g tepung gandum atau tepung hongkong
10g susu tepung atau tepung aiskrim vanilla
135ml mentega cair
1 sudu makan rata penstabil (ovalette)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco
1/2 sudu teh serbuk penaik
coklat nutella atau pes kacang hazel...
CARA2NYA....1. Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
2. Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
3. Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan yg plain dimasukkan ke dalam piping bag.
4. Sediakan 2 loyang berukuran 10x10x1 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Kemudian, picitkan adunan plain dari piping bag- sejalur demi sejalur hingga menutup adunan coklat tadi.(sbb kalau kita tuangkan adunan plain tadi ke atas adunan coklat yg dah rata tu dgn senduk/sudu, tentu ianya tak menjadi rata).
5. Bakar didalam ketuhar bersuhu 180c selama 20-25 minit. Sejukkan seketika.
6. Keluarkan kek dari dalam loyang. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella atau pes kacang hazel di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.


Nota:
1)IKUT pada oven masing2 waktu membakar ...dlm resipi ini adalah selama 20-25 minit, saya telah membakar kek ini selama kira-kira 14 - 15 minit di dalam built-in oven saya.

Wednesday, December 21, 2011

Epok2 Pusar



Bahan A (Doh Minyak)
600 gm tepung
1 cawan air suam
½ cawan minyak masak
2-3 cubit garam
* Gaul dan uli hingga sebati. Buatkan bebola2 kecil. (saya buat 10 bebola dgn setiap bebola seberat +- 90 gm)

Bahan B (Doh Majerin)
400 gm tepung
150 gm majerin (I used almost 200 gm)
* Gaul & uli hingga menjadi doh yg tak melekit. Buatkan bebola2, lebih kecil dari doh minyak. (saya buat 10 juga dgn setiap bebola seberat +- 60 gm)

Cara:Ambil setiap bebola dari doh majerin dan masukkan ke dalam bebola minyak yg telah di leperkan hingga menjadi satu bebola yg besar. Ulang hingga kesemua bebola habis digunakan. Kemudian ambil sebiji bebola tadi dan canaikan hingga menjadi persegi empat. Sesudah itu gulung doh tadi hingga menjadi seperti swiss roll. Setelah itu canai lagi (memanjang) lalu digulung sekali lagi. Akhir sekali, potonglah doh ini kpd 3-4 bahagian mengikut saiz karipap anda. Buat seperti ini kpd kesemua bebola tadi hingga selesai.Ambil satu gulungan yg telah dihiris/potong tadi dan canai leper. Masukkan inti dan tutupkan semula dgn kemas. Kelimlah dgn teliti. Apabila kesemua doh/bebola dah selesai, bolehlah digoreng dgn api yg sederhana.
(Untuk intinya, anda bolehlah gunakan sembarang inti kegemaran anda seperti inti kentang atau sardin)

Notes:
Karipap jenis begini banyak menggunakan minyak/ majerin lantas hasilnya karipap yg cantik tapi a little too 'soft' .
Eclair....


Bahan-bahan ( 35 - 40 keping )

  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan mentega (1/4 buku)
  • 1 sk gula halus
  • 1/2 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen vanilla
  • INTI CUSTARD :-
  • 550 ml susu segar
  • 90 g gula pasir
  • 60 g tepung custard
  • 1 sb mentega/majerin
  • CHOC. GLAZED :-
  • 100g dark chocolate
  • 30 g mentega

Cara-cara

  1. Choc_eclairs_007
     Masak susu,air,mentega dan gula hingga mendidih.
  2. Choc_eclairs_010
     Kecilkan api dapur dan masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati.Matikan api dan terus kacau adunan lagi hingga 1-2 min.Biarkan adunan suam.
  3. Choc_eclairs_012
     Masukkan esen dan telur satu-persatu sambil dikacau adunan hingga lembut.
  4. Choc_eclairs_014
     Masukkan adunan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya sebesar 1/2 inc. Picit keluar adunan memanjang 1 1/4 inc dan berjarak di atas dulang pembakar.
  5. Choc_eclairs_020
     Bakar pd suhu 170C selama 25 min atau hingga keemasan mengikut kepanasan oven masing2.Angkat puff dan sejukkan di atas redai.
  6. Isi puff dengan inti custard dan hias dengan choc cair.Tabur kekacang atau manik2 berwarna untuk mencantikkan lagi choc. ecalir jika suka.
  7. Untuk inti custard....masak 3 bahan pertama hingga pekat dan masukkan mentega/majerin dan kacau hingga sebati.Sejukkan custard dan isikan ke dalam piping bag dan picitkan secukup inti ke dalam puff.
  8. Utntuk choc. glazed...campur kedua bahan dan masak cara double-boil hingga cair.Ambil sekeping2 puff berinti dan celupkan permukaannya dgn choc. cair atau boleh disiramkan saja choc. cair ke atas puff dan hias ikut kreativiti masing2... :)
  9. Simpan mini choc. eclair di dalam peti sejuk untuk didinginkan,
APAM COMEL INTI KELAPA..


Bahan-bahan ( 15-20 biji )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tpg kek
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar/UHT
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Inti Kelapa:
  • ==kelapa parut
  • ==gula merah
  • ==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • ==2 helai daun pandan-pintal..
    1. Cara-cara

      1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
      2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
      3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
      4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
      5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
      6.  masukkan inti kelapa
        1. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
        2. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.
        3. Utk Inti Kelapa:
        4. ==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
        5. ==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
        6. Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.
        7.  Notes2: Ini acuan yg biasa i guna. acuan lompang & aluminium...kalo boleh, size paper cups sesuaikan ngan acuan....
 KEK MARBLE...

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Fresh milk
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1 camca teh strawberi emulco













  1.  Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
  2.  Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  3.  Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  4.  Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  5.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco,  satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6.  Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7.  Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya......



 OREO CHEESECAKE

Bahan-bahan ( (loyang bulat 8 inci) )
•        30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
•        1/4 cawan butter - cairkan
•        Bahan Filling:-
•        16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
•        1/2 cawan gula halus
•        1/2 sudu teh esen vanila
•        1/2 cawan sour cream
•        2 biji telor
•        1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara-cara
1.        Untuk Base:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas.
                Pre-heat oven    pada suhu 180 Celcius.
2.        Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
3.        Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
4.        Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
5.        Bakar  cara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit
6.        Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.
ada beberapa perkara yg kak ani pepandai modify sdri.
1. kak ani tak guna sour cream - tadak so guna plain yogurt + 2 tbs lemon juice.
2. oreo tu posing kat atas kek jek coz lapisan base tu akak guna biskut cream-O hehe (murah sket).
3. telur akak guna 3 bijik (saja menambah2)
4. kalo nak lagi sedap, bg sesiapa yg suka kekacang, base oreo tadi gaulkan dgn sedikit almond kisar....
kari ikan kurau masin...



 KARI IKAN MASIN

minyak untuk menumis
3 sudu makan asam Jawa
1 batang lobak merah, hiris panjang 4cm
4 cawan air
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 biji kentang, dibelah 4
1/2 jari halia di titik
10 sudu makan bawang besar
5 pelepah daun kari
segenggam udang kering, direndam dalam air panas
Bahan:
sedikit garam jika perlu

 cara2nya....
Asam jawa diramas dengan 1/2 cawan air untuk mendapatkan air asam yang pekat. Udang kering di tumbuk. Panaskan minyak didalam periuk. masukkan remaph tumis, daun kari dan lada kering sehingga meletup-letup. Masukkan bawang kisar dan tumis lagi selama 2 minit hingga 3 minit. Masukkan bawang putih, halia di titik, dan tumis sehingga wangi. Masukkan tomato dan masaklah selama 5 minit. Masukkan semua rempah serbuk dan satu cawan air. tutup periuk, kecilkan api dan masak sebentar. Pastikan periuknya bertutp dan apinya kecil. Kemudian buka tutup periuk dan biarkan rempahnya masak selama 2 minit lagi. Tuangkan air. Kacau rata. Sesudah mendidih masukkan lobak putih, kentang, lobak merah dan masak sehingga sayur setengah masak. Masukkan air asam pekat dan santan. Tunggu sehingga mendidih, barulah dimasukkan ikan masin( ikan masin direndam sebentar jika tidak mahu terlalu masin), udang kering dan bende. Biarkan sehingga sayur nya lembut dan ikan nya masak.
Untuk menyedapkan lagi, lepaskan beberapa batang lada hijau dan merah. Kuah nya tidak boleh terlalu pekat. Masukkan sedikit garam jika perlu.

Sup tulang bersama Mee & Bee hoon
1/2kg tulang
1 sup bunjut tulang
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 sudu sos tomato
Garam secukup rasa

Bahan penumis
3 bunga lawang
2 buah pelaga
5 bunga cengkih
2 kayu manis

Caranya:
1. Rebus tulang sampai daging di tulang empuk. Shida biasa rebus dalam 1 jam dengan api kecil.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, jintan manis, jintan putih & ketumbar sehingga hancur.
3. Tumis bahan tumbuk beserta bahan penumis sehingga wangi.
4. Dah wangi masukkan tulang & air rebusan tulang ke dalam periuk tumis tadi & masukkan sesudu sos tomato.
5. Renihkan dalam 20 minit & taruk garam.



Cara menghidangkannya;

celor mee atau Bee hoon,taroh dalam pinggan atau mangkok tuanglah soup yng dah siap itu taborlah bawang goreng dan lada padi kicap..kalau suka tarohlah begedil...selamat mencuba...

Blueberry Cheese Tart


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • PASTRY (resepi chef anuar)
  • 160g butter
  • 80g gula castor
  • 1 st vanilla esen
  • sedikit garam
  • 1 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • BAHAN ISIAN CHEESE
  • 250gm cream cheese (Philadelphia)
  • 3/4 cwn gula icing
  • 1 biji telur
  • 1/2 cwn whipping cream
  • 1 camca teh esen vanila
  • Blueberry filling secukupnya
  • *Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Cara-cara

  1. Utk Doh Pastri: Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)
  2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.
  4. Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan.
  5. Tekan doh pada acuan tart.
  6. Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.
  7. Utk bahan isian cheese: Pukul cheese dan gula hingga sebati
  8. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
  9. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
  10. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya
  11. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.