Sup tulang bersama Mee & Bee hoon
1/2kg tulang
1 sup bunjut tulang
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 sudu sos tomato
Garam secukup rasa
Bahan penumis
3 bunga lawang
2 buah pelaga
5 bunga cengkih
2 kayu manis
Caranya:
1. Rebus tulang sampai daging di tulang empuk. Shida biasa rebus dalam 1 jam dengan api kecil.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, jintan manis, jintan putih & ketumbar sehingga hancur.
3. Tumis bahan tumbuk beserta bahan penumis sehingga wangi.
4. Dah wangi masukkan tulang & air rebusan tulang ke dalam periuk tumis tadi & masukkan sesudu sos tomato.
5. Renihkan dalam 20 minit & taruk garam.
Cara menghidangkannya;
celor mee atau Bee hoon,taroh dalam pinggan atau mangkok tuanglah soup yng dah siap itu taborlah bawang goreng dan lada padi kicap..kalau suka tarohlah begedil...selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment