OREO CHEESECAKE
Bahan-bahan ( (loyang bulat 8 inci) )
• 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
• 1/4 cawan butter - cairkan
• Bahan Filling:-
• 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
• 1/2 cawan gula halus
• 1/2 sudu teh esen vanila
• 1/2 cawan sour cream
• 2 biji telor
• 1 cawan oreo yang dicincang halus
Cara-cara
1. Untuk Base:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas.
Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
2. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
3. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
5. Bakar cara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit
6. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.
ada beberapa perkara yg kak ani pepandai modify sdri.
1. kak ani tak guna sour cream - tadak so guna plain yogurt + 2 tbs lemon juice.
2. oreo tu posing kat atas kek jek coz lapisan base tu akak guna biskut cream-O hehe (murah sket).
3. telur akak guna 3 bijik (saja menambah2)
4. kalo nak lagi sedap, bg sesiapa yg suka kekacang, base oreo tadi gaulkan dgn sedikit almond kisar....
No comments:
Post a Comment